Mod Operasi M712 Copperhead

Copperhead mempunyai dua mod operasi – mod balistik dan mod meluncur. Mod balistik digunakan apabila paras awan adalah tinggi dan tidak mengganggu keupayaan perolehan pencahayaan laser untuk sistem pemanduan, Apabila peluru berada kira-kira 3,000 meter dari sasaran, sirip kawalan akan dilebarkan dan sistem pemanduan akan mengawal pergerakan sirip untuk membolehkan peluru copperhead mengenai sasaran.

Mod peluncur digunakan apabila paras awan rendah dan mengganggu keupayaan perolehan sasaran. Mod ini mempunyai dua fasa – fasa balistik dan fasa peluncuran. Selepas ditembak, peluru Copperhead akan melalui fasa balistik. Apabila peluru ini melepasi titik yang telah ditetapkan sepanjang trajektorinya, sirip kawalan akan dilebarkan dan peluru Copperhead ini akan melalui peralihan kepada mod peluncuran. Mod ini membolehkan peluru ini mengesan sasaran melalui sudut pengawasan paling luas mengikut keadaan paras awan. Apabila sasaran diperolehi, sirip kawalan akan digerakkan untuk mensasarkan peluru kepada sasaran.